Bismillahirrahmanirrahim...
Salam sejahtera buat semua sahabat2...
Diisytiharkan, entri pembukaan bagi tahun 2011, akan dipost pada 6 Januari 2011 bersamaan 1 Safar 1432H ^_^
Hmmm...entri kali ni saya dapat dari satu blog, tapi sudah di'edit' sikit2...
Khas buat mereka2 yang pernah mendapat tarbiyah di sekolah agama, pernah merasa iklim dini & yang sewaktu dengannya...
Bacalah~
Bertudung labuh ayu sentiasa
Ikhlas atau peraturan semata
Sekarang ni gaya hebat-hebat belaka
Entah bila nak ayu semula (wallahualam)
Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar
Batas pergaulan makin berkurang
Dah makin lupa apa yang ustaz ajar
Dulu cakap dengan lelaki jarang sekali
Batas pergaulan punyalah jaga
Sekarang tayang gambar dengan buah hati (facebook & blog)
"Kak, rasa malu campak pi Thailand ka?"
Bila ditegur angin satu badan
Konon sudah tahu belaka
kalau dah tahu kenapa teruskan
Seronok sangat ke kumpul dosa?
Macam tu laa kalau rasa diri hebat
Nama pun lepasan sekolah agama
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu bagus sangat ka?
Itulah realiti budak sekolah agama
Majoriti terkejut dengan dunia luar
Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja
"Tak sesuailah semua-semua ni dekat luar!"
Hmmm... di manakah silapnya apabila jadi perkara-perkara macam ni? Salah
gurukah? Yang tidak berjaya untuk mendidik anak-anak murid. Salah ibu
bapakah? Salah sisitem pendidikan? Atau salah diri sendiri? Anda tahu
jawapannya bukan?
 |
~rindunya saat ini...~ |
Budak sekolah agama tiada beza dengan budak sekolah biasa (pendapat sendiri).
Sebab apa saya katakan demikian? Saya pernah membincangkan mengenai hal
ini dengan seorang sahabat dan kami mempunyai pendapat yang berbeza.
Sebabnya jelas. Apabila keluar sahaja pintu pagar sekolah, cuba anda
bezakan antara mereka yang mendapat didikan direct dari sekolah agama
dengan sekolah biasa. Ada bezakah? Bagi saya tiada. Yang mendapat
tarbiah dari sekolah agama sama sahaja dengan mereka yang mendapat
didikan dari sekolah biasa. Kadang-kadang tu, kalau kita lihat mereka
yang mendapat didikan di sekolah biasa yang berperwatakan seperti mereka
yang pernah mendapat & melalui tarbiah lebih dari pelajar sekolah
agama sendiri. Tidak malukah?
 |
beza or tiada beza? |
Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sesiapa. Saya juga tidak
mengharapkan mereka-mereka yang mendapat tarbiah & pernah merasai
biah solehah di sekolah untuk terus mengekalkan tudung labuh mereka.
Bagi saya sendiri, cukuplah sekadar menutup aurat; melabuhkan tudung
hingga melepasi dada & memakai stokin. Itu yang saya beritahu
sahabat satu sekolah dulu. Tidak perlu untuk terlalu syadid (depends
kepada pendapat masing2). Bukan mereka tidak tahu dosa & pahala,
tetapi inilah hakikat zaman kini. Kita sudah tahu perkara itu akan
mendatangkan dosa, tetapi masih mahu melakukannya. Atas sebab apa?
Nikmat mungkin. Ya, sangat nikmat apabila melakukan dosa.
Lebih menyedihkan lagi apabila lihat sendiri fb, blog etc yang banyak
menayangkan serta mempamerkan gambar yang tidak sepatutnya. Pelik~ Mana
pergi sifat malu yang merupakan sebahagian daripada iman kita? Ke
manakah ilmu hilang selepas keluar melepasi pagar sekolah? Ke mana ilmu
tersebut dicampakkan? Dalam tong sampah? Longkang? Fikir-fikirkan...
Buat sahabat-sahabat yang pernah memegang amanah di sekolah dahulu,
ingat apa yang anda perkatakan & nasihatkan kepada sahabat-sahabat,
adik-adik & kakak-kakak. Memang kita sepatutnya jangan memandang
siapa yang memberi nasihat (saidina ali), tetapi anda harus tunjukkan
contoh yang baik, selaras dengan apa yang anda perkatakan pada waktu
dahulu. Ingat, Allah berfirman:
Yang membawa maksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Surah Assaff: 2 & 3
Sungguh sedih apabila kita melihat apa yang berlaku pada hari ini.
Tarbiah dari sekolah agama tidak mampu untuk menjadikan pelajar-pelajar
tersebut seseorang yang boleh mengamalkan & mengaplikasikan apa yang
didapati dari sekolah dahulu seterusnya menjadikan mereka sebagai
rujukan sahabat-sahabat yang lain. Gagal!
Semoga Allah sentiasa menetapkan hati kita. Dialah yang Maha Membolak-balikkan hati. Seharusnya, kepada Dialah kita kembali. ^_^